Hello. My name is Ikin. Also known as a 'Ikin Nikisa'. I'm just a ordinary girl that have a dark history in my life. But I don't have to make a changes for make people likes me because I pretty want them accept me completely.
Visit my other friends, will you?

Azura Greeny Ceplos Awiekashi

Who's Next? :)

"God said: You don't have to worry about Love. As long as I am existing, you will be Loved"
"Cerpen!"
“ Lupakan dia Ainin Qustina!”
Tersentak aku apabila Nurul Syaidatul menepuk bahu aku dengan kuat. “Ish kau ni! Lupakan siapalah?” Sambil menjeling. “Ahh sudahlah kau Qus, bukan semalam aku kenal kau, tapi sebelum kau kenal dia lagi”. “Apa ni Atul? Aku tak fikir pasal dialah. Aku fikir pasal Assignment yang Madam Latifah bagi melambak ni. Haih”
Nurul Syaidatul memalingkan muka dan bahu aku ke arahnya dengan pandangan mata yang tajam. “ Qus, aku tahu kau sedang berpura pura kuat. Tapi It’s okay Qus, normal lah rindu” “Hmm Atul…” Belum sempat aku cakap Atul memotong ayat aku “Qus, kau nak nangis? Nah peluk aku, aku pinjamkan bahu sekali, pakej bukan? Huhu” Aku terus memeluk Atul erat.
“Atul aku sayang dia, aku rindu dia, kenapa dia buat aku macam ni? Apa salah aku Atul? Kenapa lepas aku buka pintu hati aku untuk dia, dia pergi macam tu Atul? Kenapa?” “Ainin Qustina Binti Azhar, tak salah kau sayang dia, tak salah kau rindu dia, itu fitrah manusia sayang. Kau kena ingat Qus, semua berlaku bersebab, dengan keizinnan ALLAH. Dah jangan persoalkan apa apa lagi. Nangis je diam diam”. Aku terus menangis di dalam pelukan Atul.
Memang selama ini Atul lah tempat aku mengadu masalah, berkasih sayang dan segalanya. Atul dan keluarga aku juga rapat. Iyalah, berapa kali dah aku angkut Atul balik rumah aku. Sampai ummi pun dah anggap Atul macam anak sendiri. Tapi sedihlah sebab Atul tak pernah jumpa ibubapa dia so aku pun tak berpeluanglah nak rapat dengan keluarga dia.
-Setahun kemudian…
“Nurul Syaidatul Binti Syukri! Masuk pejabat saya sekarang!”
Atul bergegas masuk ke pejabat aku bila dengan selamba badak aku menjerit. Well pejabat walid aku so suka hati akulah. Tapi nasib baik Atul tak kecil hati dengan aku bila aku layan dia sama tegas macam aku layan staff aku yang lain. Aku bukan apa, tak nak staff aku fikir aku pilih kasih ke apa. Sebab nanti mesti belakang aku diorang mengata aku dengan nama nama ummi dan walid aku jadi‘hott’.
“Ya Princess Qus” Sambil menjeling.
“ Hihi Atul… Janganlah jelling I. I takut you know?” Sambil mencemik muka.
“Mengada betul bff sekor aku ni. Hahahaha. Nak apa monyet panggil aku jerit jerit gitu? Takkan rindu? Haktuihh”
“Aku nak ajak kau lunch harini dengan Ummi and Walid. Kau free tak? Ke ngedate dengan Haikal Gunawan kau tu? Hahaha”
“Haikal so busy today, so I dating dengan you today”
“Ok set!”

You’re my light in the dark, you’re……Ringtone handphone aku.
“Assalamualaikum anak Ummi” “Waalaikumsalam Ummi”
“Anak, ummi dengan Walid tak dapat join lunch today, so kamu berdua sahaja dengan Atul okay?”
“Tapi ummi……..”
“Ummi kena teman Walid pergi meeting. Sorry okay my lovely daughter. And sambil lunch nanti, jangan lupa cari jodoh. Kamu tu makin tua. Hehe”
“Ummmmi……!” tutt tutt tuttt Ummi sengaja matikan panggilan sebab tak nak dengar aku membebel. Hahaha.
Dah sampai waktu lunch ni. Aku pun bergegas keluar daripada pejabat terus ke meja Atul and bawa lari beg tangan Atul. Terkedek kedek Atul mengejar aku dengan larian itik dia tu. Well aku Ainin Qustina, memang bukan aku yang dululah nak lemah lembut bagai. Atul yang dah faham sangat dengan perangai aku tu pasti tahu yang sebenarnya aku dah lapar tahap monster nak makan geng sekutu sendiri!
“Kalau ya pun lapar, janganlah jalan laju sangat. Kang terlanggar orang nanti tergagap gagap nak minta maaf”
Aku menoleh ke belakang dan mejelirkan lidah ke arah Atul. Atul hanya mampu menggeleng gelengkan kepala sebab dia tahu aku ni memang keras kepala.
PANGG!! Aku terlanggar seseorang yang tingginya beza 5 inci dengan aku, dengan matanya yang bulat berwarna coklat, kulit putih kemerah merahan membuatkan aku terpegun sebentar.
“Ya Allah! Whats wrong with you girl?” Sambil dia mengutip handphone Samsung galaxy s3 dia yang dah berkecai di lantai depan lift. “Oh I’m sorry. Saya tak sengaja. Maafkan saya. Maafkan saya” Rayu aku kepada lelaki kacak itu. Atul hanya mampu tengok dan gelakkan aku. Tak sangka apa yang Atul cakap tadi terjadi. Cis! Masin betul mulut dia.
“Hmm It’s okay. Saya tahu awak tak sengaja. Kalau sengaja, siaplah awak!” Aku tercenggang bila si kacak cakap macam tu. Terfikirlah aku, apa dia nak buat kat aku kalau aku sengaja langgar dia. Hihi. “Sorry again. Saya bayar ganti rugi okay? But I don’t have a lot of cash right now, so you take my handphone as guarantee k?” Tanpa berkata apa apa si kacak terus ambil handphone oppo bercasing biru kesayangan aku tu. Ohh sob sob.
“Awak call number awak sendiri bila awak dah ada cash yang cukup okay? I got to go, ada lunch meeting. Nice to meet you si cantik, Assalamualaikum”
Atul menepuk bahu aku sejurus si kacak bla. “Hah! Dah habis belum drama melayu sangat kau tadi Qus?” “ Apa entah kau ni Atul, aku langgar orang betul betul kau kata aku buat drama pula.” “Aku dah pesan jalan perlahan lahan, kau tu yang rushing sangat. Kan dah hilang si BB love kau tu.””Eh hey !Bukan hilang, aku pinjamkan aje okay”
Semasa di meja makan aku terfikir, aku nak cakap apa dengan Ummi dan Walid pasal kejadian tadi ek? Bukan pasal duit ganti rugi tu. Aku ada duit aku sendiri, and memang ngam esok gaji. Tapi…… pasal handphone aku tu. Mana pernah aku bagi orang pegang si BB love tu. Tup tup now dah bertukar tangan pula. Adoiii masalah masalah.
“Qus, kau tak takut ke kalau dia buat bukan bukan guna number kau tu? Dahlah kau bagi dia handphone pakej dengan simcard kau.” Tersedak aku bila si Atul cakap macam tu. “Ish yela Atul. Macam mana ni ek? Ish cepatlah esok. Aku nak meet dia, bayar ganti rugi then ambil handphone aku balik”
-Keesokkan harinya…..
“Assalamualaikum, Encik…. Haa saya Ainin Qustina, orang yang semalam langgar Encik depan lift tu, saya nak bayar ganti rugi and take my handphone balik. Can we meet today? Lunch hour maybe?”
“Waalaikumsalam. Ohh I’m sorry Miss, I ada lunch meeting lagi today. So not today. How about tomorrow?”
“But……..” “Please miss” “Hm okay done. Assalamualaikum bye!”
“Atulll ! Geramnya aku dengan mamat kacak tu. Tahulah kacak tapi takkan hari hari ada lunch meeting. Kalau dia boss takkan hari hari dia turun padang, kalau dia staff ehh takkan kejam sangat boss dia hari hari hantar dia buat job luar.Entah entah kan Atul, dia tu pergi lunch dengan awek dia. Tipulah hensem tak ada awek kan?”
“Kau bebel panjang lebar ni kenaapa Qus? Aku ada bau bau cemburulah. Kau dah jatuh hati ke kat dia Qus?”
“Atul, bila last kena lempang dengan aku? Aku seriouslah!” “Aku saja je usik kau Qus, dah tak payah tension sangat. Positif mungkin memang dia ada kerja. Esok lusa kan boleh meet and dapat balik kesayangan kau tu” “Hmm yela yela” Aku mengalah dengan ulasan panjang lebar si Atul ni sebab dia memang pandai sejukkan hati aku.
Hari yang di nanti nanti pun tiba. “Assalamualaikum” Terdengar suara yang lemah lembut dari belakang. “Err waalaikumsalam” “Lama tunggu?” “Tak tak, Ainin pun baru sampai ni.” Ehh sejak bila aku bahasakan diri aku ni  Ainin? So perempuan hahaha gelak aku dalam hati.
Okay Ainin. Ni handphone awak. Terima kasih langgar saya dan terima kasih pinjamkan handphone awak ni sekejap.” Aku hanya mampu tercenggang. Dah kenapa pula mamat ni ucap terima kasih? Pelik. Belum sempat aku nak hulurkan handphone S3 yang sama macam si kacak ni punya, dia terus bla tinggalkan aku sorang sorang kat sini. Aku agak benganglah tapi biarlah. Asalkan BB love kembali ke sisi aku dan automatik aku ada 2 handphone. Kahkahkah gelak jahat.
-Di rumah….
“Anak, ummi dan walid ada benda nak bincang”
“Bincang pasal apa ya ummi dan walid? Bunyinya macam serious.”
“Ada orang merisik kamu dan kami sudah terima pinangan itu. Mungkin sepatutnya kamu yang membuat keputusan tapi daripada apa yang ummi lihat pada jejaka itu, ummi yakin dia boleh mengubati luka anak yang lama dan mampu membuatkan anak ummi yang lemah lembut dulu itu kembali”
“Ummi……..” sambil menitis airmata aku, aku memeluk ummi dengan erat. “Ummi, Qus minta maaf bila Qus bukan anak ummi dan walid yang dulu. Tapi ummi dan walid, terima kasih untuk selama ini dan Qus percaya keputusan ummi dan walid adalah yang terbaik”

“WHAT?! You’re getting engaged and kau tak tahu dengan siapa? Kau gila ke Qus? Takkan sebab kau terluka dulu kau langsung tak nak kenal siapa bakal tunang kau dulu? Dahlah kau tunang Cuma sebulan dan kau akan di ijabkabul pada tarikh lahir kau?”
“Atul, aku tak kenal dia, dan aku tak nak tahu siapa dia. Aku yakin dengan keputusan ummi dan walid aku. Lagipun kau sendiri tahu aku pernah kecewakan meraka dulu,takkan nak kecewakan lagi”
“Tapi Qus, macam mana bakal tunang kau tahu tarikh lahir kan? Ummi dengan Walid kau memang kenal dia ke?”
Aku hanya berdiam diri sebab aku malas nak menjawab petanyaan Atul tu. Ada sahaja soalan kat otak dia. Aku yang bakal di tunangkan pun aku malas nak fikir apa apa walaupun sebenarnya aku terfikir si dia tu kenal aku ke? Sejak bila? Kenal dari mana? Hmm.
-Hari pertunangan…
Tepat pukul 11 am aku telah bergelar tunangan orang. Dalam kesibukkan ramai orang di ruang tamu, mata aku melirik lirik dan mencari cari mana satulah tunang aku ini. Takkan nak sembunyikan diri sangat. Ye dak?
Oleh kerana aku memang tak tahu siapa tunang aku, aku pun berlalu ke kolam renang belakang rumah aku untuk ambil udara segar kerana aku sedikit rimas bila berhimpit dengan ramai orang ni. Si Atul pula yang sibuk melayan tetamu manakala si Haikal buah hati Atul hanya mampu membontotkan Atul. Hahaha.
“Assalamualaikum Ainin”
“Waalaikumsalam..” Cis! Siapa pula yang berani panggil aku Ainin ni.
“Awak, terima kasih terima pinangan saya, terima kasih sudi jadi tunang saya, walaupun awak tak kenal siapa saya. Saya janji akan jaga awak sebaik mungkin dengan izin Allah”
“Err si kacak!” Selamba badak aku memanggil tunang aku begitu. Iyalah siapa sangka hanya kerana satu perlanggaran yang tidak di sengajakan telah menjadikan dia tunang dan bakal imam aku kelak.
“Saya tahu saya kacak. Tapi janganlah terkejut sangat, hihi” Gelak manja Qisti.
“Perasan” sambil menjeling. “Awak..” belum sempat aku cakap si tunang ni berlalu masuk dalam. Cis! Daripada first aku kenal dia, kerja dia memang suka bla macam tu. Geram pula aku.
Sejak aku bergelar tunangan orang, aku dah kurang bertegas dengan staff aku di pejabat. Sometimes aku belikan lunch untuk mereka. Si Atul juga perasan perubahan aku. Mana taknya, aku tak sangka tunang aku ni romantic orangnya. Aku minah yang anti bunga dan coklat dulunya tapi kinin hari hari aku dapat kiriman sebegitu daripada tunang aku.
Bak kata ummi “ Singa yang buas tu pun kalau pandai di manjakan dia akan jinak”. Aku tak boleh nak nafikan bahawa aku dah jatuh sayang pada tunang aku. Tapi kadang kadang bila aku teringatkan Amirul, hati aku jadi sakit dan sikap aku akan berubah kasar kembali terhadap Qisti.
“Aku terima nikahnya Ainin Qustina Binti Azhar……………………”
Dengan sekali lafaz aku telah bergelar isteri kepada Amirul Qisti Bin Dato’ Syakir.
“Abang kenapa tak pernah cakap dengan Qus yang nama abang ada Amirul?”
“Siapa Qus? Isteri abang yang cantik tu nama dia Ainin” Sambil mencuit hidung aku.
“Ok Ainin pun Ainin lah. Sekarang abang jawab soalan Ainin dulu, kenapa tak pernah cakap nama abang ada Amirul?”
“Sayang lupa ya? Kan sayang sendiri yang tak nak tahu apa apa pasal abang sehinggalah kita sah jadi suami isteri? Tapi kenapa dengan ‘Amirul’ tu? Kekasih lama ke?”
Aku terus duduk bersebelahan suami aku dan dengan perlahan aku memegang kedua belah tangannya yang lembut mengalahkan aku, hahaha. “Abang, Ainin nak buat satu pengakuan. Sebenarnya…. Ainin pernah mencintai lelaki lain sebelum Ainin menerima abang di dalam hidup Ainin, dan sehingga kini Ainin sukar melupakan dia kerana dialah cinta yang buat Ainin betul betul jatuh bila kehilangannya”. Dan tanpa aku sedar airmata aku mengalir dan jatuh di tangan suamiku.
Dengan lembut suamiku melepaskan tangganya daripada genggamanku dan memegang daguku lalu berkata “Sayang, abang adalah satu satunya cinta untuk sayang sekarang, dari dulu sampai sekarang. I’m always yours dear”
“Always? Dari dulu? Apa maksud abang?”
“Abang Amirul Qisti yang sayang selalu panggil dengan gelaran Yuyul. Still ingat nickname tu? Sayang juga pernah cakap Cuma sayang yang boleh panggil abang macam tu and yes until now Cuma sayang je yang gelar abang begitu”
“Apa semua ni? Depan mata yiyin ni yuyul yang dulu ke?” Automatik nama manja aku dengan Amirul tu keluar. “ Ya yiyin sayang, I’m yours yuyul and now we are officially husband and wife.”
“Sayang listen to me, I’m sorry sebab pernah tinggalkan sayang macam tu. Sejujurnya abang pun terluka masa itu. Tapia bang percaya, sayang yang abang kenal kuat orangnya dan abang yakin Atul sentiasa di sisi sayang menggantikan abang sementara abang memperbaiki diri abang. Abang terlalu sayangkan yiyin sampai abang tak sanggup jika hubungan kita putus. Sebab itu abang pindah ke Johor sejak kita tak berhubung dulu. Hari hari abang perhatikan sayang dan abang tak pernah Nampak sayang keluar dengan lelaki lain. Hati abang jadi semakin tercabar. Terasa seperti ingin cepat cepat memperisterikan sayang. Dan that day, abang sengaja langgar sayang. Hihi”
Ishhh nakal. Tumbuk kang. Sambil menunjukan penumbuk kecil aku ke arah perut suami. “Ish tak payah buat garanglah sayang, abang tak takut. Wekk”.
“Abang, kenapa abang suka bla macam tu je bila yiyin nak cakap sesuatu?”
“Abang tak tahan tengok sayang lama lama.”
“Sebab abang langgar sayang kenapa?”
“Abang nak handphone sayanglah. Abang selidik sayang dan dalam masa yang sama abang call Ummi dan Walid and tak sangka Allah permudahkan jalan abang. Ummi dan Walid langsung tak mempersoalkan abang sebab mereka yakin abang boleh sembuhkan luka sayang”
“Abang, yin tak nak tahu lagi dan tak nak ingat lagi kisah dulu lagi. Yin harap abang takkan pergi lagi dan sentiasa di sisi yin macam yang abang janjikan dulu. Boleh?”
“Ya sayang, abang janji demi anak anak kita”
“Ish mengada! Kita belum ada anak ya abang”
“Ehh belum ada ea? Jom jom buat anak. Hahaha”
“Abang!” sambil mencubit perut suami.
Alhamdulillah, setianya aku menutup pintu hati untuk orang lain membuahkan hasil yang teramat bernilai padaku. Orang yang tidak sengaja melukakan aku dulu adalah orang yang membuatkan aku bahagia sekarang.

P/s: Kadang kadang setia akan buat kita makan diri sendiri. Tapi bila hati kita sendiri yang tak mampu menerima sayang lain, setialah menunggu walaupun pilihan Allah itu adalah yang terbaik daripada apa yang kita perlukan. Have faith!











Newer Posts? or Older Posts?
Layout by tentylers.