minat --> suka --> SAYANG --> cinta -->> FOREVER ♥

Sunday, July 31, 2011

Hai kepada semua dan salam sejahtera ..
Harap sihat sihatlah ye ..
owner ada topik yang BEST untuk korang !

MINAT --> SUKA --> SAYANG --> CINTA -->> FOREVER


Ha ! best kan topik owner ni .. kan owner dah cakap tadi ..
Apa yang owner nak katakan di sini adalah kekadang kita terkeliru dalam menilai perasaan kita sendiri ..
Sama ada kita suka sayang cinta or minat seseorang tu  ..
Okay owner ada meaning minat suka sayang dan cinta itu sendiri ..
So pandai pandai koranglah nilaikannya okay J


Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia.. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita.. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu..(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah..)

Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.. )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu..
Kasih sayang dan percaya satu sama lain adalah satu perkara yang wajib ada dalam bercinta.. Percayalah kalau tak ada 2 perkara ni, janganlah bercinta.. Sebab kita akan kecewa akhirnya.. Dan yang paling penting ialah “SETIA” pada dia, jangan terlintas sedikit pun perasaan untuk tinggalkan dia atas sebab2 yang remeh temeh..
Dalam hubungan yang kurang mesra, saya yakin kesabaran itu adalah penting untuk menjadikan hubungan yang lebih mesra..
Jadi untuk pasangan yang sedang hangat bercinta.. Nasihat saya, setialah pada yang satu.. Kerana kecewa dalam bercinta tu adalah satu perkara yang benar-benar menyeksakan.. Janganlah bercinta andainya kita tak tahu makna setia terlebih dahulu, fikirkanlah perasaan orang yang ditinggalkan selepas kita bagi dia sepenuh harapan..

You Might Also Like

2 Comments

  1. tp nk membezakn antara sayang & cinta tu yg sukar.. kdang2 kite tersalah buat pilihan...

    ReplyDelete
  2. sebab itu lah kita perlu berhati hati .. n yg pntg awk kna pndai mnilai hati awak :)

    ReplyDelete

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"