Raya TAHUN KEDUA tanpa ABAH :(

Sunday, August 28, 2011

Assalamualaikum wbt semua kepada semua yang membaca ..
hari ini adalah malam terakhir kita berpuasa .. alhamdulillah kerana kita masih di pnjangkan umur untuk menyempurnakan ramadhan pada tahun ini .. syukur ke hadrat ilahi ..

sedang dalam semua orang sibuk melakukan persiapan hari raya ..
aku pula bersedih dalam meratapi pemergian insan yang teramat ku sayangi dan ku cintai .. sesungguhnya tiada siapa yang akan dapat menggantikan kedudukan beliau di dalam hati aku .. 

Bahawasanya aku amat merinduinya dan menyayanginya .. 
aku merindui pelukannya .. ciumannya .. dan gurauan manja darinya ..
nukilan yang ku coretkan ini khas untuk abahku yang tersayang ..
WARGIRON BIN SUPIAN 

ya allah ya tuhanku 
moga engkau meletakkan abahku di kalangan orang orang yang engkau berkati dan redhai .. ampunilah dosa dosa abahku sejak ia lahir hinggalah ke akhir hayatnya .. sesungguhnya engkau maha mengampuni lagi maha penyayang ..
AMIN 

walaupun ini adalah tahun kedua aku sekeluarga beraya tanpa ABAH ..
tapi pada diriku masih terasa kehadiran abah di sisi aku dan kenangan kenangan manis RAYA kami bersama .. masih terbayang bayang lagi saat di pagi raya .. aku dan keluarga aku beratur untuk memohon maaf dari abah ..

Dan aku adalah insan terakhir yang bersalaman dengan abahku kerana aku adalah anak bongsu .. aku tidak pernah serius semasa meminta kemaafan dari abah .. kerana aku selalu mengusik abah dengan meminta DUIT RAYA .. *walaupun aku dah besar aku still dapat duit raya dari abah ..

Tapi aku sangat kecewa dan sangat terkilan ..
kerana hingga saat terakhir abah menghembuskan nafasnya  ..
aku tidak mendapat kesempatan untuk menatap wajah abah dan memohon kemaafan dari abah .. kerana semasa pemergian abah aku berada di PLKN .. * sangat membenci PLKN masa tu !

KINI aku hidup dengan sebuah penyesalan yang tak sudah ..
kerana aku tidak sempat meminta maaf daripada seorang insan yang telah bersusah payah membesarkan aku dan menyuap aku makanan dengan rezeki dan nafkah yang halal .. sesungguhnya aku seorang anak yang tidak dapat berbakti kepada ayahnya ..

ABAH 
maafkan ikin abah .. ikin selalu merindui abah .. hidup ikin tidak sempurna tanpa abah .. ikin tahu .. abah selalu ada di sisi ikin .. abah adalah sumber semangat ikin .. ikin sangat menyanyangi abah .. maafkan ikin abah kerana ikin tidak dapat menjadi anak yang solehah semasa hayat abah ..

sebuah sajak untuk abah tercinta ..

engkau adalah insan yang menyinari hidupku ..
engkau bagaikan lampu suluh yang menerangi malamku ..
engkau bagaikan peti emas yang memberiku segala kemewahan ..

tanpa engkau gelaplah hidupku ..
tanpa engkau hampalah malam malamku ..
tanpa engkau tidak aku hidup seperti sekarang ini ..

engkau adalah insan yang bernama lelaki ..
engkau adalah insan yang bernama suami ..
dan engkau adalah insan yang ditakdirkan sebagai abahku ..

tapi kini engkau telah tiada ..
tapi kini engkau telah pergi selamanya ..
tapi kini engkau telah membiarkan aku sendirian ..

aku hanya mampu berharap engkau aman di sana ..
aku hanya mampu berdoa engkau selamat dunia akhirat ..
dan aku hanya mampu merindui dalam tidur lena ku ..

kepada para pembaca ..
pesanan saya : berbaktilah kepada kedua ibu bapamu selagi hayat mereka di kandung badan .. janganlah engkau mendustai kata katanya dan membuatnya berasa kecil hati .. sesungguhnya nanti engkau akan merasa PENYESALAN yang tiada PENGAKHIRANNYA ..

terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda untuk membaca ..
akhir sekali .. SELAMAT HARI RAYA ..
TERIMA KASIH ..




You Might Also Like

9 Comments

  1. al-fatihah..

    Allah lbih syg kan abah kamu.. :)
    tabah er..

    ReplyDelete
  2. saya tahu .. tapi saya rindu dia .. jeles tengok orang lain ada abah ..

    ReplyDelete
  3. ye, abah awk yg dah pergi tu takkan kembali lagi. yang ade hanya kenangan yg mengingatkan kite pada yg telah pergi. jadi ingatlah Allah turunkan ujian bukan utk menyeksa kita, tapi dari pengalaman tu insyallah kita jadi lebih tabah. harap tabah ye. sy pown pernah merase kehilangan atuk sy dulu.

    ReplyDelete
  4. xpe..
    tabah kan hati ..
    yang pasti kita mesti bggakan beliau walau cmne pun..
    dgn kejayaan kita maybe dia pun turut gembira di sana ..

    ReplyDelete
  5. jangan sedeh2...selamat hari rye :)

    ReplyDelete
  6. @syura
    tapi saya bukan seorang yang tabah .. setiap perkara yang saya lihat semua mengingatkan saya dengan abah saya ..

    ReplyDelete
  7. @awiekashi
    saya tak pandai lah abg pm .. saya susah sgt nk tgkap sesuatu tu ..
    sekarang saya jadi harapan mak saya so lebih berat amanah yang saya pikul..

    ReplyDelete
  8. @ctk
    dalam senyuman saya tu tetap ada kesihan yang menyelubungi . . :(
    selamat hari raya awak ..

    ReplyDelete

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"