♥ CINTA itu adalah sebuah ANUGERAH ♥

Wednesday, October 05, 2011


Assalamualaikum ..
#likealwaysJAWABSALAMdulu!

Cinta itu

Ibarat kehidupan

Kadangkala membawa tawa

Kadangkala membawa tangis

Tapi itu tak bermakna  untuk aku tidak terus hidup

Sama juga seperti Cinta

Semanis mana Sepahit mana

Aku akan tetap terus menyintai 


Cinta suatu yang indah .. cinta suatu yang boleh buat kita gundah .. cinta boleh buat hati kita berdarah .. cinta juga boleh membawa kesalan yang tak sudah tapi cinta juga memberi kita kebahagiaan dari hari pertama kita hidup di dunia ini .. Cinta itu seperti sinar matahari .. memberi tanpa mengharap pembalasan . cinta itu seperti sinar matahari .. tidak memilih siapa untuk di cintai .. cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati ..

Cinta umpama ‘treasure hunt’ .. cita cita dan tujuan kita bercinta mestilah untuk menuju ke penghujung yang menggembirakan .. namun di dalam setiap perjalanan kita akan menjalani perjalanan yang sukar dan mencabar .. tatkala kita tidak mampu lagi meneruskannya kita akan tersungkur dan kebahagiaan kita di ragut begitu sahaja oleh orang lain .. 

Jadi bercintalah dengan sepenuh hati kita .. namun beringatlah kita .. janganlah kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi .. kerna kekecewaan terlalu pahit untuk di telan dan terlalu payah untuk di lupakan .. namun ketahuilah kita bahawa dalam bercinta pasti akan merasakan kekecewaan walaupun bukan itu yang kita mahukan di dalam perhubungan ..

Kadang kita tak sedar bahawa orang yang paling mencintai kita adalah orang yang tak pernah melafazakan cintanya pada kita kerna mungkin orang tu takut kehilangan kita atau kita menjauhkan diri darinya .. dan pabila nanti dia menghilangkan diri dari pandangan kita .. barulah kita sedar dan mengetahui dialah cinta yang kita nanti nantikan ..

Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang .. janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu .. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik baiknya .. janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku .. semoga yang berlalu tidak berulang lagi .. ingatlah orang yang paling kita sayangi itulah yang paling cantik dan baik walaupun nak ikutkan ramai lagi yang cantik dan baik ..


#theEND#


You Might Also Like

12 Comments

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"