SURAT WARNING DARI BAKAL MAK MERTUA KAU ! :)

Tuesday, October 25, 2011


Kepada BF anak aku ..

Peraturan 1 : Kau jangan nak mengada ngada cuit muit anak aku .. tak kira di hadapan aku atau belakang aku apatah lagi bila di khalayak awam atau di tempat tempat sunyi .. Aku tak larang kau pandang anak dara aku tapi kau kena jaga mata kau tu .. Kau hanya boleh pandang dia tak lebih dari paras leher dia .. Kalau kau tak boleh jaga tangan kau dari pegang pegang anak aku and kalau kau tak boleh jaga mata kau daripada merayau entah ke mana .. Aku boleh tolong cabutkan tangan kau dan jadikan pengorek pasu bunga aku .. Dan mata kau tu aku bagi ikan dalam kolam makan ..

Peraturan 2 : Aku tahu fesyen budak sekarang ni rambut kasi terpacak dan tegak plus keras semacam je .. tak pun style ala korean yang menutup mata .. Plus fesyen sekarang suka pakai seluar londeh sampai nampak boxer dan spender kau .. Tapi masa kau ber'DATING' dengan anak aku .. pastikan rambut kau tu kemas dan cantik .. barulah serupa orang sikit .. Dan pastikan seluar kau tu tak londeh .. Kalau tak aku kasi STAPLER GUN untuk lekatkan seluar kau dekat pinggang .. Baru kau tahu rasa sakit ke tak kena stapler ..

Peraturan 3 : Konon lah kau nak berkenalan dan berbaik dengan aku a.k.a aku ni BAKAL CALON MAK MERTUA kau .. Aku tak kisah semua tu .. pandai pandai kau lah nak ambil hati aku macam mana .. Apa yang aku nak tahu .. Bila kau minta izin nak keluar dengan anak aku .. Kau mestilah beradab .. Dan kau mesti janjikan AWAL untuk hantar anak aku pulang ke rumah .. Kalau tak .. kau yang akan aku HANTAR AWAL ke RUMAH TIANG DUA tu .. kau faham ..

Peraturan 4 : Kalau kau rasa kau hensem or bajek hensem kat tempat kau ke apa .. Aku sikit pun tak kisah sebab tu mungkin kelebihan kau .. Tapi bila kau dah COUPLE dengan anak aku .. Jangan sesekali kau cuba cari perempuan lain dan menduakan anak aku selagi anak aku ni awek kau and bila anak aku dah bosan dengan kau dan minta break off dengan kau .. Barulah kau boleh menggatal .. Dan jika kau buat anak aku menangis sebab perkara bodoh yang kau buat .. aku akan buat kau menangis DUA KALI GANDA pulak okay ..

Peraturan 5 : Ni paling penting dari yang terpenting .. Aku nak ingatkan kau .. Kau jangan sesekali berani berani nak membohongi aku .. sebab aku benci penipu .. Kalau aku tahu kau menipu .. aku terus REJECT ! Walaupun aku ni SURI RUMAH SEPENUH MASA tapi aku tahu apa yang kau buat dengan anak aku tau .. aku ada feel yang kuat pada anak aku .. Kalau aku tanya kau nak pergi mana .. dengan siapa lagi yang join korang .. Kau ada satu peluang je iaitu bercakap dengan benar .. tiada yang benar melainkan benar belaka ..
-
-
-
Kalau kau rasa kau dah ikut semua peraturan aku kat atas tu .. jangan kau yakin sangat yang kau dapat jadi menantu aku .. kau baca yang bawah ni pulak .. kalau kau dah memilikinya barulah kau COMFIRM aku ambil sebagai menantu .. Memang aku cerewet tapi ini untuk kebahagiaan anak aku .. Bila kau dah berkeluarga nanti barulah kau faham betapa beratnya tugas menjadi seorang MAK ..


ADA AGAMA - Aku tak minta pun bakal suami anak aku ni ulama ke apa .. tapi cukuplah sekadar kau beragama dan dapat membimbing anak aku untuk mengejar kebahagiaan di dunia dan akhirat nanti .. tapi kalau agama kau pun gonyang .. jangan sesekali ajak agama anak aku goyang ..

ADA HARTA - Aku tak minta menantu aku ni kaya raya .. duit berkepuk kepuk dan harta menimbun nimbun .. kalau kaya pun takpe tapi cukuplah sekadar kau mampu beli keperluan asas anak aku dan maybe cucu aku nanti .. jangan kau berani bagi anak aku kebulur kau tahu tak ..

ADA RUPA - Aku tak minta jugak muka kau hensem gila gila .. hensem macam model model yang bersepah atas pentas tu tapi cukuplah sekadar sedap mata aku dan anak dara aku ni memandang kau .. Tapi jangan kau fikir kau ada rupa kau boleh permainkan hati anak dara aku ..

Amaran Keras Dari Yang Ditakuti ..
BAKAL MAK MERTUA a.k.a MAK GF kau ..


p/s : Boleh bagi BF BF baca ye :)
p/s : Ambilkan iktibar daripada yang tertulis ni :)

You Might Also Like

19 Comments

  1. Perghhhh..*Thumbs up*!!!! hahaha...mcm mak sayenyew amaran je....XD XD... Apepun, mak kite nk yg terbaik untuk ank2nyew~ Yezzzaaaa~

    ReplyDelete
  2. kan ? kebanyakkan ibi ibu sama je .. sebb dia nak anaknye bahagia .. btw thanks :)

    ReplyDelete
  3. tapi buakan ke anak makcik yang nak saya jadi orang korea, saya ikut saje, hahaha

    ReplyDelete
  4. haha awak ni dah salah .. anak makcik anti korean la :P

    ReplyDelete
  5. anak makcik makana tempe, mau cari orang lombok ya,hahaha

    ReplyDelete
  6. Perghh ! ayat makans dalam seyhh , ,HAHA ! Akue kene arr nieyy erkk . .HAHA !

    ReplyDelete
  7. boleh boleh la lau kau nak anggap terkena .. hahaha :D

    ReplyDelete
  8. HAHA nope la .. mak mertua you tu mak yati .. ni pesanan mak mak mertua sedunia .. haha :D

    ReplyDelete
  9. wah...bagus bebeno mak kalau macam nie...
    saya terima peraturan tuh...


    *poyo je...muahahaha!

    ReplyDelete
  10. ehh mestilah .. mak camtu untuk kebaikan anak2 jugak :D

    ReplyDelete
  11. jum join ga nih

    http://kpopfa93.blogspot.com/2011/10/25-things-random-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  12. Salam kenalan dari shah. Tujuan shah singgah sini sebab nak ajak korang
    semua join FOLLOWER GIVEAWAY shah yang baru sahaja dilancarkan :)

    kalau berminat boleh join di sini ye: http://shah-cyber.blogspot.com/2011/10/giveaway-pertama-sc-di-blog-baru-ni.html



    Giveaway: http://shah-cyber.blogspot.com/2011/10/giveaway-pertama-sc-di-blog-baru-ni.html

    ReplyDelete
  13. huhu..jangan tak jadi kawin pulak dapat warning camni..
    nak gitau saya tag awak tau:

    http://suterasyifa.blogspot.com/2011/11/masa-untuk-membalas-tag.html

    ReplyDelete
  14. haha sampai tak kawin ea ,,
    thanks ..

    ReplyDelete

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"