Bila Perempuan menangis .. adakah anda tahu ? :')

Friday, November 11, 2011



Pernahkan anda tertanya tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ? Adakah anda berfikir dia bodoh kerana menangis atau mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...  

Tahukah anda ? Hati seorang perempuan memang selembut sutera tapi ingatlah seorang perempuan takkan menangis dengan mudah .. tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda .. dia mula merendahkan egonya untuk semata mata kerana anda walaupun anda tidak menyedarinya .. 

Apabila dia menangis di hadapan anda .. Apabila dia menangis kerana anda .. Pandanglah matanya .. Bolehkah anda rasakan apa yang hati perempuan rasa ? Tanyalah pada diri anda sendiri .. Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa ? 

Fikirkan .. Berbaloikah dia menangis .. Dihadapan anda .. DAN Hanya kerana anda ?  Dia menangis bukan kerana dia lemah .. Dia menangis bukan kerana dia mahukan simpati .. Dia menangis .. Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati kecilnya .. Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan sendiri ..  

Guys .. Cuba anda ambil masa untuk berfikir .. Jika si dia menangis hanya kerana anda .. Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda .. Kerana hanya anda tahu jawapannya .. Fikirkan .. Kerana suatu hari nanti .. Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal .. Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “ maafkan saya ” 

 Guys .. kalau seorang perempuan menangis kerana anda .. janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan .. Beradalah disisi dia .. menemani dia .. kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda .. Insyaallah ..

Guys .. kalau seorang perempuan menangis kerana anda .. janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda .. Janganlah anda mengulangi kesalahan yang sama jika benar anda menyanyanginya .. Kerana kesalahan anda hanya akan merosakkan hidup dia .. 

Guys .. Jika Anda memancing ikan .. Setelah ikan itu terlekat di mata kail .. hendaklah kamu mengambil ikan itu .. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja .. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup .. 

Guys .. jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar benar yakin dan sedia untuk bercinta .. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara .. Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama .. tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya ..

Begitulah juga .. setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang .. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya .. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja .. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu ..

* theEND *
p/s : HATI aku sakit dengan sikap kau .. EGO aku memang sangattttttttttttt TINGGI tapi aku tak seselfish macam kau ! Ingat tu sayang .. Now you can go laaa ;D

You Might Also Like

7 Comments

  1. Like thizzz terbaek larh.. Same mcm situasi I.. :)

    ReplyDelete
  2. yeah .. me too .. situasi i dgn dua lelaki .. sedih ;'(

    ReplyDelete
  3. kadang2 melepaskan ikan kembali dengan bisa kail lebih baik dari menyiksa sehingga mati..:)

    ReplyDelete
  4. tapi kita takkan tersiksa hnya satu kail .. maybe cinta lain akn dtg :)

    ReplyDelete
  5. masalahnya lelaki ni kurang sensitive. terutamanya lelaki melayu. sigh.

    ReplyDelete
  6. tak peka lelaki melayu kebanyakannya.

    ReplyDelete
  7. yeah ! lelaki melayu mmg kurang sensitiv .. tak tahu la kenapa kan ? mm nasib badan .. nak buat mcm mne -.-'

    ReplyDelete

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"