My UNLUCKY Number :(

Monday, November 21, 2011


Assalamualaikum.

Hai guys and Ein yang nak sangat saya update blog yang dah lama terbengkalai ni. Wait a minute, sejak bila pandai guna saya ni padahal selalu guna aku je. Ahh whatever lah sekali sekala kan. Memang lama gila tak update blog kan? First, now dah start belajar balik so agak busy KOT. Second, memang malas gila nak type. Third, suka hati aku lah nak update ke tak. Blog aku kan. kalau korang nak membebel pergilah kat blog korang. Aku ni sekarang memang tengah malas. Kalaulah ada robot yang boleh tolong type kan, dah lama aku beli!

Okay now start dengan MY UNLUCKY NUMBER. Macam lain macam je kan? Korang ada unlucky number tak? Ha! aku ada. Walaupun sebenarnya tak baik cakap pasal unlucky ni tapi bila aku refleksi balik apa yang jadi dalam hidup aku. Aku memang ada unlucky number.

MY UNLUCKY NUMBER IS 3 !

why?

Standard 3
-Di gelar tomboy sebab suka pakai cap and ramai kawan lelaki.
 - Turun kelas daripada kelas pandai ke kelas budak nakal.
- Banyak kali kena marah dengan cikgu kesayangan.

Form 3
-Di curangkan oleh first love sebanyak 3 kali dengan bestie,enemy and tak dkenali.
- Result PMR hancur kebaboomm sebab tak sampai target.
-First time paper English dapat * sepanjang tahun.
- Buat cikgu menangis sebab paper English K.O.

Part 3
-Banyak kali MC dan selalu tak sihat.
-First time masuk hospital dan duduk dalam wad 6 hari.
-Ditimpa masalah yang teruk and maybe masalah tu di cari sendiri.
-First time ada repeat paper walaupun memang dah di jangka dari mula.

Sepanjang hidup
-Tercinta Abah, angah dan uda.
-Kehilangan 3 orang kesayangan dalam keluarga tercinta.
-3 bulan masuk PLKN dan abah meninggal masa dalam PLKN.

Ha! kan? Dan di sebabkan tu la aku rasa unlucky number aku ni 3.
So cuba korang renung-renungkan kembali. Korang ada unlucky number tak?
Mana lah tahu ada kan just korang je yang tak perasan or buat-buat tak perasan.

So aku rasa setakat ni je kot aku menaip. Mood malas aku dah muncul. Mata pun dah layu je ni tapi taknak lah tidur. Dah lepas asar kan so tak elok. Dah lah aku ni lemmm kalau tidur lepas asar gak bertambahlah lemmm aku tu. HAHA !

*theEND*

P/s : Malam ni Indon VS Malaysia. Mesti tengokk weyh!


You Might Also Like

2 Comments

  1. ish...tak baik cakap macam tu cik ikin, jgn salah kan takdir k, dosa caya-caya macam tu, Allah ade rencana untuk cik ikin tu

    ReplyDelete
  2. dok eahh ..
    tak salahkan takdir ..
    maybe semua ni jadi kerna suatu kebetulan .. so dek kerana selalu terjadi .. tercetusnya idea semua ni :D

    ReplyDelete

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"