5 Malam...

Tuesday, February 04, 2014


Kisah ini bermula pada khamis malam jumaat.

Waktu ni aku kena tinggal rumah sorang. Haih cuba kalau kau, duduk  sorang dalam rumah dua tingkat, pada malam jumaat pula tu? So apa yang akan automatic kau fikir? Haaaa mesti sama macam yang aku fikir kan? HANTU. Wuu~~

Aku ni bukanlah orang lemah semangat, Cuma semangat aku je yang tak kuat, hehe. Yela, kuat mana pun kau, kalau dah tinggal sorang dan tak ada pun orang kat luar tu yang boleh hulurkan pertolongan bila jadi apa apa kat kau dalam rumah tu, gentlelah menangis airmata weiii.

Cuma Alhamdulillah, aku ada seseorang yang selalu jadi peneman di kala malam aku. Yes, he’s someone special for me. Dulu aku susah nak describe siapa dia ni pada aku, tapi lama kelamaan Allah dah buka pintu hati aku untuk terima dia. Cuma itulah, bila kita dah sayang…. Bermacam pulalah dugaan yang datangkan? :’)

Okay back to the first story, aku nak cerita pasal momok. Walaupun aku tak nampak momok tu (Syukur! Kalau tak mati aku! Dahlah seumur hidup tak reti pengsan -.-“)Tapi apa yang aku dah alami selama 5 malam ni cukup buat aku serik bahayaanya TINGGAL SEORANG DALAM RUMAH DUA TINGKAT!

Nah! Semua ni sejak aku ter-amal balik habit lama aku tidur malam lambat ler. Ada pagi tu, lepas subuh aku rasa, aku dengar pintu bilik air ni di tarik!! Haaaa kau fikir apa? Kalau malam sebelumnya masa kau whatsapp dengan housemate yang dia kata “ Aku balik esok pagi tau “. So mestilah aku fikir tu housemates aku! Cuma malangnya, sifat terlalu berharap aku punah. Sebab housemate aku masih berdengkur kat hometown dia T_T

And kau tahu apa? Itu adalah hari jumaat! Huwarghhhhhh hari khamis dan jumaat ni sangat misterilah dalam hidup aku sekarang. Sob sob. Dan kisah 5 malam aku ni pun bermula pada hari khamis. Erghh dangggggg betul -.-“

Satu hari okay aku tak mandi, takut punya pasal. Even siang siang. Dah malamlah baru aku gedik rasa nak mandi. Mahu taknya, dahlah dah busuk, berlengas lagi. So aku pergilah meraih simpati kat lesbo aku (Emma) supaya datang rumah aku and sabarnya aku sebab dia tak boleh datang. Yang mampu dia buat? Teman aku mandi dalam whatsapp jela. Wahhhh sweet  amat! Hahahaha (Tak pernah dalam hidup mandi dengan pintu terbuka, haih penakut punya kes)

Okay 5 malam….


Cerita ni jadi minggu lepas. First day housemates aku tinggalkan aku sensorang kat rumah, hati aku dah tak keruan. Yela, masih ingat peristiwa yang minggu lepas yang sebelumnya tu.
Alhamdulillah, gangguan yang aku dapat kali ni taklah seteruk mana sampai buat aku tak mandi. Hehe  (Tetiba jadi habit mandi tak tutup pintu, tapi bila sensorang jela)

Aku cuba sedaya upaya saiko hati aku yang nothing happen and ‘hijab kau tak terbuka pun kin so inshaAllah kau takkan nampak benda yang Allah tak nak tunjuk, Allah akan sentiasa lindungi mahluknya yang memerlukan bantuan’. Wahh panjang kata kata semangat dalam hati aku.

Dan dengan gediknya, aku call mak aku minta dia doakan keselamatan aku. Mulanya mak memanglah risau. Lagi lagi bodyguard aku tak a da dekat dengan aku (Apai&Cho). Tapi aku cakaplah yang aku tak ada pilihan and just please pray for me, mom.

Aku rasa berkat kasih Allah dan mak, aku rasa terselamat je malam tu. Yela, dah lah raya cina. Of course aku fikir hantu sida cina tu berkeliaran -.-‘’ dengan khamis malam jumaat lagi. Apa ke tak bergabung momok melayu sida cina? Omg Grrrr!!

Nak lindungi diri punya pasal, berulang kali aku baca surah yassin dan pastikan diri aku ada wuduk and bila hati rasa gelisah, aku terus baca doa kursi.

Tak kira pagi, petang, siang mahupun malam, aku selalu terdengar bunyi bunyi yang tak patut aku dengar bila tinggal sorang ni. Mahu taknya, kalau dah kau duduk sorang, mana datangnya tapak tapak kaki duk merayap kat tangga rumah kau dari tingkat satu ke dua? Dah lah tingkat satu tu agak dah sebulan tak berpenghuni.

And aku dilemma jugalah sebab ada dalam 3 malam, bila siang everything looks fine but bila malam je, nah kau! Ada bau busuk yang teramatlah kuat. Yang peliknya, dalam bilik aku tak bau apa apa. Tapi bila keluar bilik nak pi toilet, pergh!! Menusuk bhai bau dia :3

Tahu tak bau macam apa? Macam bangkai! BANGKAI OKAY~~ Gila tak busuk?!


Tapi itulah, aku tak berani nak searching searching, kang kalau nampak apa apa yang tak di ingini, menjerut tali gantung di leher sendiri nyahhhhhh. So aku set, esok siang lah aku searching. But seriously, aku tak jumpa apa apa dan tak dapat kesan anything.

Bila matahari terbenam, bulan dan bintang menggantikan shiftnya. BAU TU BANGKIT weii. Automatic juga bulu roma aku meremang. Haih dugaan betul tinggal sorang ni. Time tu lah nak ajak bergurau kan. Dengan aku kredit takda, line internet cakcakbaaaaaa, kalau ada apa apa, macam mana aku nak minta tolong? -.-‘’

But syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah, sebab tak uji aku dengan tunjuk benda benda yang aku tak nampak. Sebab bau pun dah seram, apatah lagi kalau rupa kewujudannya? MasyaAllah selisih malaikat 44.
Aku Cuma harap, aku di beri perlindungan dan kekuatan untuk terus berani tinggal di rumah ni selagi aku belum selesaikan perkara yang patut aku selesaikan dengan jayanya!!


Satu je pesanan aku:
Jangan tunjuk berani, kalau hati ada getar.
Jangan takut sangat, nanti masalah datang tanpa boleh di hindar.
Cari yang esa bukan hanya perlu, tapi semat pada hati dengan padu.


Sekian cerita 5 malam.
Hahaha tak seram pada kau, tapi beri pengalaman menakutkan pada aku. Banyak lagi yang aku tak cerita, tapi………. Aku dah penat nak menaiplah woii!! Hahaha okbye J

You Might Also Like

0 Comments

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"