Perempuan dan perangai.

Sunday, February 26, 2017


Perempuan dan perangai.

Tiba tiba sensitif, dalamnya terselit ego.
Bila marah menguasai diri, kalah dengan airmata.
Suka overthinking sebab prasangka tak tentu pasal.

Apa yang membezakan adalah bila, di mana dan kenapa perempuan berubah sifat even in one second.

Sama macam aku.
Dulu aku seorang yang ceria, tapi sekarang selalu murung. Nak kata dugaan yang aku jalani sejak umur meningkat ni hebat, memang tak boleh di sangkal.

Tapi ujian masa aku zaman pramatang dulu lagi hebat. Tapi aku berjaya harungi.

Entahlah. Aku harap aku dapat kuat. Betul betul kuat macam yang mulut aku cakap ni.

Orang selalu pertikaikan, "apa masalah kau sebenarnya ni?"
Kalaulah, kalau aku boleh luahkan tanpa nampak salah aku. Tapi mustahil kan.

Kadang salah aku hanya satu, tapi bila orang cakap itulah puncanya. Maka aku kena terimalah segala masalahnya.

Aku tak tahu. Tapi yang aku tahu aku penat.
Tapi seringkali aku cari seribu satu cara agar aku dapat pertahankan. Agar aku dapat positifkan diri sendiri balik. Agar semua kemarahan itu reda dengan cara terpaksa. Agar semuanya kembali normal, kononnya.

Satu je perkara aku nak cakap,
Semakin aku cuba, semakin hari aku semakin terluka. Tapi dalam kelukaan tu masih ada kebahagiaannya. Tapi ibaratnya seperti mencari mutiara di dalam lautan yang luas.

Aku tak faham perangai aku, jadi mustahil untuk minta orang lain memahaminya. Tapi aku sangat menghargai kalau KAU CUBA BELAJAR UNTUK FAHAM.

Sekian.


You Might Also Like

0 Comments

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"