Manusia dalam hidupku.

Wednesday, March 29, 2017



Ada manusia dalam hidup aku, yang tak sabar sabar nak pergi dengan menghilangkan diri setelah bertahun mencipta kenangan.

Ada manusia dalam hidup aku, yang berkeras hati mengekalkan identiti diri sehingga menyakiti aku bertalu-talu.

Ada manusia dalam hidup aku, yang selalu ada untuk aku walaupun berulang kali aku mempergunakan dia.

Dan....

Ada manusia dalam hidup aku, yang mengucapkan "selamat tinggal" setelah memperoleh bahagia dengan menipu aku bertahun-tahun.

Tak lupa juga ada manusia dalam hidup aku, yang begitu memusuhi aku walaupun masing-masing dah ada haluan sendiri.

Manusia manusia yang aku katakan ni, selalu berlegar-legar dalam kepala otak aku.
Ada kala dia yang terbaik,
Ada kala dia yang menyakiti,
Ada kala dia yang paling setia,
Ada kala dia yang menghiburkan,
Ada kala dia terlalu memaksa tetapi romantis.

Mustahil untuk kamu ada semua yang aku kehendaki,
Tapi aku teringin, orang-orang yang ada aura positif seperti kamu ada denganku.

Memang aku tamak, keras kepala, nak menang, pentingkan diri.
Tapi aku tak mampu nak kalahkan perasaan yang ada dalam hati aku.

Apa yang aku lalui, tak seperti yang aku harapkan.
Segala tanggapan telah aku kurangkan, tapi masih mengecewakan.

Allahu, aku keliru.















You Might Also Like

0 Comments

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"