Tersimpan tanpa sengaja.

Tuesday, March 14, 2017


Assalamualaikum.
Lama kan tak post? Almaklum lah bukan blogger tegar macam dolu dolu lagi. La ni menulis sebab rasa nak meluah, mereka, atau melalut sahaja haha.

Tersimpan tanpa sengaja?
Sebenarnya aku ni sejenis mabuk laut. Mabuk cinta bila rasa sayang pada seseorang. Dan sejenis obses simpan semua sweet memory. Dan menghapuskan semuanya bila perpisahan terjadi. Tapi adakalanya, tak semuanya terpadam. Sebab aku terlupa aku simpan kat mana. Dan paling kelakar bila aku lupa "Siapa" tu.

Jujur, kadang tak ada sesuatu pun yang aku simpan tentang dia. Tapi semua tu terpahat dalam hati dan kepala otak, Even benda kecil pun kadang aku boleh ingat. Dan semua tu boleh buat aku menangis dan rasa Allahu cepatnya masa berlalu.

Benda benda lepas memang boleh menimbulkan 1001 perasaan.

Akan hadir satu penyesalan,
Akan datang perasaan merindui.
Akan sakit mengingatkan sesuatu.
Akan berpura pura kuat untuk teruskan kehidupan.

Semoga Tabah Hati,
Banyak yang kau dah lalui,
Jangan rebah untuk kali ini dan nanti,
Sebab riak muka aku bermula dari engkau.






You Might Also Like

1 Comments

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"