Bila kali akhir aku rindu...

Monday, August 14, 2017




Terlalu lama aku padamkan rasa dalam hati aku tentang abah.
Aku sendiri tak ingat bila kali terakhir aku menangis semata mata kerana rindukan abah.

Terlalu lama aku biarkan masa menghilangkan memori abah bersama aku.
Aku sendiri tak tahu kenapa aku buat semua tu. Gembira kah aku dengan semua tu.

7 tahun, 7 tahun abah dah pergi tinggalkan aku.
Di mana bermulanya titik perubahan dalam hidup aku.

Aku masih bukan anak yang baik dan mungkin abah masih terseksa dengan karenah aku.
Sayang jenis apa pun aku tak tahu. Sampai sanggup buat abah macam tu.

 Tak ada lagi kata kata yang boleh aku luahkan.
Tentang perasaan aku pada abah.
Yang pasti masih sama.

Sama..
Abah tetap lelaki NO 1 yang aku sayang.

Al-Fatihah Wargiron Bin Supian.

You Might Also Like

0 Comments

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"