Entri Untuk Suami.

Sunday, August 13, 2017


Assalamualaikum wbt.

Bila di fikir fikirkan balik, tak pernah aku ceritakan dalam blog ni untuk rujukan kenangan aku tentang siapa suami aku.
Memang tak penting untuk orang luar tahu siapa dia, tapi pada aku dalam seratus keburukan pasti ada satu kebaikan paling besar yang takkan kau pernah lupa.

13 Ogos 2017,
Genaplah 2 tahun 29  hari aku kenal dia sebagai dia.
Tapi kalau dia sebagai suami aku, rumahtangga kami barulah terbina selama setahun 4 bulan.

Nampak mudah di mata orang lain kerana mahligai yang kami bina tak penuh dengan liku liku percintaan seperti orang kebiasaan. 

Perkenalan di dalam aplikasi wechat haha. Nampak bodoh tapi benar. Kerana siapa sangka dialah jodoh aku yang selama ni aku meracau sangat nak kahwin. LOL.

Seingat otak tua aku ni, aku accept friend request dia dalam bulan 5 2015 giteww. Tapi dia tak pernah buat first move dan apatah lagi aku, takkan mungkinlah kan. Tapi dah di takdirkan dalam minggu pertama bulan july dia start tegur aku. Apa yang mendorog dia pun aku tak tahu. Firasat hati maybe.

Chat punya chat, layan tak layan. Hujung hujung decide nak meet. Kat mana? Well aku memang tak suka jumpa strangers berdua. So acah ajuk ajuk ayam, aku suruh dia datang rumah mak aku weii. MAK. And He's like 'OK'. Gentle lah konon. But serious talk masa tu aku respect gila kat dia sebab semata nak buka puasa dengan aku, sanggup drive dari Melaka-Kulai. Huhu.

Sejujurnya after met kitorang macam bicara hati ke hati like "Takdelah hensem mana" "Takdelah cantik mana" HAHAHAHA. Tapi tak ada pun terus chaw ke apa. Still kawan and nampak kejujuran kat situ yang kawan bukan sebab rupa.

Raya kedua,
Dia datang raya rumah aku and then terus drive balik melaka bawa aku jumpa family dia. Serious gigih gila drive pagi pagi skip sembahyang raya gakny semata nak sampai rumah aku pukul 10pagi hahaha. 

Dalam perjalanan balik tu dia ada cakap pasal family dia nak datang merisik hujung raya. Aku macam WHATTTTTTTTTTT baru pertama kali jumpa and aku dengan dia bukan becinta pun. We're just like friend. Tapi aku tak cakap no, aku cakap "Kalau awak ok, saya on".

Hujung raya,
Ya, family dia datang beraya and mama like berbisik-bisik kat mak aku about our date and hantaran bla bla bla. Then dah dapat kata sepakat time tu gak.

Tunang, 13 September 2015. Hari jadi aku.

Nikah, 15 April 2016.

Bersanding, 16 April 2016.

Bertandang, 29 Mei 2016.

Done.

Nampak mudah kan? Tapi tipulah kalau dalam hubungan tu tak ada cabaran. Just aku tak nak cerita. This is first entry about him after a long time no post anything. So I just write nice nice je k. But ini kali lah. Lain kali tak tahu lagi hahaha.

bye.

You Might Also Like

0 Comments

#FOLLOW

Instagram

Notes

Dalam setiap cerita ada penambahan rekaan. Tapi dalam setiap rekaan pasti terselit sebuah kenyataan. Jangan ambil mudah dan jangan terlalu menghakimi.

"Ini blog, bukan mulut saya"